Kemasukan ayam bulat import meningkat 80 peratus pada Jun kepada 471 tan metrik berbanding 258 dalam bulan Mei berikutan pemansuhan lesen import (AP) dan penangguhan FI permit yang bermula bulan lepas.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kemasukan keratan ayam juga meningkat sebanyak 30 peratus bulan lepas kepada 10,200 tan metrik daripada 7,800 pada Mei.